2051~2100. 2101~2150. 2151~2200. 2201~2250. 2251~2300. 2301~2350. 2351~2400. 2401~2450. 2451~2500. 2501~2550. 2551~2600. 2601~2650.
2652. Nasehat itu mudah, yang musykil ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
2653. Berpikirlah selalu tentang nikmat nikmat dan keagungaNya.
2654. Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati, cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya, dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
2655. Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Qur'an, tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan shalat, jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!
2656. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa dari pada kita.
2657. Apabila bertemu dengan orang tua, bahawa dia lebih mulia dari pada kita kerana dia sudah lama beribadat.
2658. Jika berjumpa dengan orang alim, dia lebih mulia dari pada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
2659. Apabila melihat orang jahil, mereka lebih mulia dari pada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
2660. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
2661. Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
2662. Ilmu yang pertama disebut ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
2663. Kita tidak dapat mengakui bahwa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
2664. Pati ilmu yang sebenarnya ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa arti taat dan ibadat.
2665. Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
2666. Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar.
2667. Jika nafsu itu tiddak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan bur ma’rifat.
2668. Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi: “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
2669. Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan.”
2670. Hendaklah sabar dan teliti dalam mendidik muridnya yang kurang cerdas. Jangan berkeberatan menjawab, “aku kurang mengerti,” jika memeng belum mampu menjawab sesuatu masalah. Pusatkanlah perhatian kepada murid yang sedang bertanya, dan memahami benar isi pertanyaanya.
2671. Cepat cepatlah memenuhi panggilan agama.
2672. Jauhilah larangan-larangan agama.
2673. Janganlah menentang terhadap takdir Allah SWT.
2674. Menangkanlah yang hak dan gugurkanlah yang batil.
2675. Rendahkanlah hatimu kepada Allah SWT.
2676. Sesalilah segala perbuatan yang tercela dan merasa malulah dihadapan Allah SWT.
2677. Hindarilah segala tipu daya yang tidak terpuji dalam mencari nafkah, dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT selalu melimpahkan segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepadanya.
2678. Hendaklah seseorang menerima masalah masalah yang dikemukakan oleh muridnya.
2679. Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.
2680. Sesungguhnya kebahagiaan, kesenangan, dan kenikmatan sesuatu bergantung pada kondisi dasarnya. Kondisi dasar sesuatu adalah menyangkut untuk apa ia diciptakan. Oleh karena itu, kenikmatan mata adalah dengan melihat yang indah-indah. Kenikmatan telinga adalah dengan mendengar suara-suara merdu. Begitulah seterusnya untuk anggota badan lainnya. Namun, khusus berkaitan dengan hati, kenikmatannya hanyalah manakala ia dapat mengenal Allah SWT, karena hati diciptakan untuk itu. Jika manusia mengetahui apa yang tidak diketahuinya, maka senanglah ia. Begitu juga dengan hati. Manakala hati mengenal Allah SWT, maka senanglah ia, dan ia tidak sabar untuk ‘menyaksikan-Nya’.
2681. Tidak ada yang maujud yang lebih mulia dibanding Allah, karena setiap kemuliaan adalah denganNya dan berasal dariNya. Setiap ketinggian ilmu adalah jejak yang dibuatNya, dan tidak ada pengetahuan yang lebih digdaya dibanding pengetahuan tentang diriNya.
2682. Janganlah anda menjadi muflis dari sudut amalan dan jangan jadikan dirimu itu kosong dari pada perkara yang berfaedah.
2683. Yakinlah semata-mata dengan memiliki ilmu belum tentu lagi menjamin keselamatan di akhirat kelak.
2684. Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa.
2685. Terimalah alasan yang benar, sekalipun dari pihak lawan.
2686. Jangan segan-segan kembali kepada yang benar, manakala terlanjur salah dalam memberikan keterangan.
2687. Berikan contoh dan teladan yang baik kepada murid dengan melaksanakan perintah agama dan meninggalkan larangan agama, agar demikian apa yang engkau katakan mudah diterima dan diamalkan oleh murid.
2688. Dengarkan dan perhatikan segala yang dikatakan oleh ibu bapakmu, selama masih dalam batas-batas agama.
2689. Bersikaplah sopan santun, ramah tamah dan merendah diri terhadap orang tuamu.
2690. Sabar dan tabahlah dalaml menghadpi segala persoalan.
2691. Janganlah sombong terhadap sesama mahluk, kecuali terhadap mereka yang zalim.
2692. Bersikap tawadduklah dalam segala bidang pergaulan.
2693. Janganlah suka bergurau dan bercanda.
2694. Bersikap lemah lembut terhadap murid dan hendaklah dapat menyesuaikan diri atau mengukur kemampuan murid.
2695. Berpikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungaNya.
2696. Menangkanlah yang hak dan gugurkanlah yang batil.
2697. Sesalilah segala perbuatan yang tercela dan merasa malulah dihadapan Allah SWT.
2698. Hindarilah segala tipu daya yang tidak terpuji dalam mencari nafkah, dengan penuh keyakinan bahwa Allah SWT selalu melimpahkan segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepadanya.
2699. Hendaklah seseorang menerima masalah-masalah yang dikemukakan oleh muridnya.
2700. Bila mencari teman untuk mencapai kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamanya. Dan bila mencari teman untuk keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar