Cari Artikel

Keutamaan Istiqomah Membaca Al-Qur'an



Apabila kita istiqamah membaca Al-Quran, maka Allah akan perbaiki perkara-perkara berikut:

1. Lidah kita dilembutkan mengikut kehendak makhraj.

2. Lidah kita akan bertutur yang baik-baik saja.

3. Kita berasa tenang.

4. Bacaan kita akan bertambah baik sedikit demi sedikit.

5. Akhlak kita akan berubah kepada yang lebih baik dan mulia.

6. Hati dilembutkan dan sentiasa bertimbang rasa.

7. Bacaan kalau salah secara automatik kita sedar dan dapat dibetulkan dengan bantuan malaikat yang bersama kita semasa membaca.

8. Kita akan cari peluang dan masa membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan sibuk.

9. Kita lebih ambil berat kasih sayang kepada keluarga.

10. Kita suka silaturrahim.

11. Kita gemar bersedekah.

12. Kita sentiasa akan merendah diri dan mengakui kelemahan diri.

13. Kita akan merasa Al-Quran ada kuasa magnet yang kuat menarik kita untuk membacanya.

Pasti sahabat akan merasa akan perkara-perkara di atas.

Istiqamahlah membaca Al-Qur'an.
Kerana, hanya orang-orang yang hebat saja yg sanggup membaca kalam-kalam Tuhannya.

Wallahua'lam.

Tidak ada komentar: