Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, sebuah majlis yaitu majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin dikumpulka untuk melantik seorang khalifah untuk memimpin umat Islam.
Hasil dari pertemuan itu, Sayyidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Sayyidina Abu Bakar mendapat tentangan dari beberapa orang yang ingin melantik Sayyidina Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah kerana Sayyidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah SAW. Golongan Syiah yang merupakan golongan dari keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.
Tentangan itu selesai setelah Sayyidina Ali bin Abi Thalib menolong Saidina Abu Bakar.
Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib hanya menolong Sayyidina Abu Bakar setelah enam bulan.
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') mengatakan bahawa semasa pertemuan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar orang Islam Anshar di rumah Sa'd ibn Ubadah setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Sayyidina Abu Bakar pada mulanya mengusulkan dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah.
Perbincangan menjadi hangat sehingga Sayidina Umar menyuruh Sayyidina Abu Bakar mengulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayyidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar.
Setelah mendapat bai'ah, Sayyidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tidak ada di pertemuan itu. Keduanya mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mulai timbul semenjak Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini menggugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak suku-suku Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah dari mereka enggan membayar zakat, ada juga yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Suku-suku ini mengklaim bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah SAW, dan memandangkan Rasulullah SAW. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Sayyidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan saja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mengklaim bahwa mereka ialah nabi dan rasul. Untuk menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Sayyidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah.
Hal ini merupakan permulaan seri Peperangan Islam-Riddah.
Diantara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid berhasil menumpaskan Musailimah dalam pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Setelah berhasil menumpas golongan riddah, Sayyidina Abu Bakar mengantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.
Khalid Al-Walid berhasil merebut Iraq dalam hanya satu kampanye militer.
Beliau juga meraih keberhasilan dalam beberapa ekspedisi ke Syria.
Menurut seorang orientalis Barat, kampanye Saidina Abu Bakar hanyalah perpanjangan dari Perang Riddah. Ini jelas salah karena sebagian besar riddah terletak di Semenanjung Arab selatan dan bukan di utara. Koleksi Quran Menurut sejarawan Islam, setelah serangkaian Perang Islam-Riddah banyak orang yang hafal Al-Qur'an yang terbunuh. Sayyidina Umar Al-Khatab (khalifah berikutnya) meminta Sayyidina Abu Bakar untuk memulai kegiatan membaca ayat-ayat Alquran.
Sayyidina Utsman bin Affan kemudian menyelesaikan pertemuan dengan pembukaan Quran, mushaf Ottoman, ketika dia menjadi khalifah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar