Namun setelah pengislamannya, nama beliau berganti menjadi Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai Ummu Khoir yang bererti Ibu yang baik. Berasal dari keturunan Bangsawan Quraisy yaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar kerana beliau merupakan orang yang pertama beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab berarti “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan berternak unta.
Dari saudagar menjadi Khalifah Pertama
Saytidina Abu Bakar Ash-Shiddiq telah dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama yaitu setelah kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 632 Hijrah.
Sebelum dilantik sebagai Khalifah Islam pertama, Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq merupakan seorang pedagang dan usahawan Islam terbilang yang kaya-raya, terpelajar serta disanjung tinggi oleh kaum Quraisy.
Antara perniagaan beliau adalah penjualan kain di pasar, di samping memiliki kebun kurma, mengembang biakan unta-unta dan berbagai jenis perniagaan lain lagi.
Beliau telah memeluk agama Islam setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul dan beliau adalah lelaki pertama yang memeluk agama Islam.
Mengapa digelar Ash-Shiddiq?
Gelar “Ash-Shiddiq” telah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Sayyidina Abu Bakar Ash-Sihddiq adalah kerana sikap dan pendiriannya yang begitu teguh dalam membenarkan kata-kata Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Ketika itu, baru saja Rasulullah SAW selesai melakukan Isra' dan Mi'raj dari Masjidil al-Haram ke Masjidil al-Aqsa, seterusnya naik ke Tujuh Langit di Sidratul Muntaha dan kemudiannya kembali lagi ke Baitul Makmur di Mekah pada malam yang sama pada 27 Rejab tahun ke-11 setelah baginda diangkat menjadi Rasul yaitu 3 tahun sebelum hijrah.
Segolongan orang yang tidak mempercayai apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kemudian pergi menemui Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq untuk mendengarkan dan mengetahui pendapat beliau sendiri mengenai dakwaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW itu memang benar atau sebaliknya.
Mereka mengira bahwa Sayyidina Abu Bakar RA kali ini akan ikut mendustakan kisah yang langsung tidak masuk akal itu dari fikiran mereka.
Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq, maka beliau pun bertanya…
”Adakah Muhammad berkata begitu?"
Mereka menjawab;
“Benar!”
Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq pun lantas berkata,
”Jika Muhammad berkata begitu, maka sungguh benarlah apa yang telah diceritakannya itu,”
“Engkau percaya hai Abu Bakar bahwa Muhammad sampai ke Tanah Syam lebih sebulan perjalanan dan pulang dalam semalam?”
Maka Sayyidina Abu Bakar pun menjawab dengan tegas membalas pertanyaan kaum yang tidak mempercayai kerasulan nabi itu.
“Benar, Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan berita dari langit yang diberitakannya itu, baik pada waktu siang maupun pada waktu malam.”
Begitulah hebatnya Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq membela pernyayaan Rasulullah SAW terhadap golongan yang mencurigainya. Lantaran keteguhan iman dan ketegasan beliau terhadap agama yang dibawakan oleh Muhammad SAW maka, beliau telah diberikan gelar sebagai “Ash-Shiddiq” yang berarti orang yang bersifat benar.
Pengorbanan seorang saudagar
Dengan harta kekayaan yang dimilikinya, Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq telah banyak menginfakkan keseluruhan dari harta miliknya untuk perjuangan jihadnya menegakkan agama Islam yang Syumul. Beliau begitu banyak menyumbangkan tenaga, harta kekayaan serta seluruh jiwa raganya demi perkembangan Islam sejagat.
Beliau sangat dihormati oleh Masyarakat Quraisy kerana keluhuran hati budi dan sikapnya yang dermawan. Di samping itu, beliau juga adalah manusia yang paling agung dan mulia dalam sejarah Islam selepas baginda Rasulullah SAW.
Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah tokoh sahabat bisa dibilang yang tidak ada bandingnya serta sukar dicari.
Kerendahan hati budinya ketika memegang kuasa dan tampuk pemerintahan menjadikan beliau seorang pemimpin atau khalifah yang amat disegani dan disenangi rakyat seluruhnya.
Tutur bahasanya yang lembut, sopan dan menarik hati amat dikagumi dan disayangi oleh rakyat jelata serta baginda Rasulullah SAW sendiri.
Beliau juga adalah seorang yang tidak pelit untuk membelanjakan keseluruhan harta peribadi miliknya bagi membantu masyarakat sekitar. Apatah lagi setelah beliau menjadi seorang Khalifah Ulung yang memerintah Negara.
Beliau telah sanggup mengorbankan seluruh harta benda miliknya untuk menebus kembali hamba-hamba yang telah ditawan, ditangkap dan disiksa sewaktu terjadi peperangan. Beliau telah membeli hamba-hamba tawanan dan kemudian memerdekakannya.
Salah seorang hamba tawanan yang telah dibeli dan dibebaskan ialah Bilal bin Rabbah, yang juga amat terkenal dalam sejarah Islam. Pendek kata, Dalam kalangan para sahabat-sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah seorang sahabat dan khalifah yang paling banyak menginfakkan harta kekayaan miliknya demi menegakkan Islam tercinta.
Itulah kehebatan jiwa yang dimiliki oleh Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq sebagai khalifah agung yang amat dermawan dengan kemurahan hatinya bagi membantu orang yang susah. Sesungguhnya pengorbanan beliau memang tiada tandingan di dunia ini.
Telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 265 mahfumnya:
“Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan.”
(Petikan Surah Al-Baqarah ayat : 265.)
Demikianlah sekelumit kisah tokoh seorang sahabat Rasulullah SAW yaitu Sayyidina Abu Bakar Ash- Shiddiq yang boleh kita jadikan contoh teladan terbaik untuk mengurus harta yang ada sebaik mungkin agar semakin berkah, bertambah dan berkecambah dengan mendapat seribu satu kebaikan dan keberkatan dari Ilahi.
Jangan sesekali lupa untuk menunaikan zakat fitrah, demi untuk memakmurkan lagi jiwa dan umat Islam. Semuga setiap amal dan hasil usaha yang kita lakukan mendapat keridhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Berkomentar sesuai postingan