Kehidupan Awal



Sayyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim yaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. 

Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah SAW tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah SAW menikahi anak perempuan beliau yaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.

Pernah menjadi kaya, beliau juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

Beliau mendapat gelar Ash-Shiddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah SAW.
Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah SAW.
Disaat orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berkomentar sesuai postingan